Petua Melebatkan Bulu Kening




Bulu kening memainkan peranan penting sebagai penaik seri bagi wanita. Bayangkan wanita tanpa bulu kening atau bulu kening yang jarang pasti memberi rias wajah yang tidak menawan. bagi mereka yang bermasalah, sila cuba petua ini :

Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus (hitam). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok atau asah pada buah keras itu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari.