Cara Menggemukkan Pipi Cengkung



Setiap wanita pasti ingin bentuk wajah yang sempurna dan kelihatan cantik. Tidak semua wanita berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. Oleh sebab itu, merawat wajah dan berusaha memperbaiki bentuk wajah yang kurang ideal menjadi hal yang sangat penting.

Bahagian pipi yang terlalu cengkung menyebabkan penampilan kelihatan tidak bermaya. Ia juga akan menjejaskan tahap keyakinan diri. Hal ini biasa terjadi kepada orang-orang bertubuh kurus. Jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.


Pipi yang sihat meningkatkan keserian wajah. 

Untuk mendapatkan pipi yang ideal-tidak terlalu cengkung, anda boleh cuba petua berikut:


Minyak Badam
Panaskan sedikit minyak badam dan biarkan ia sejuk. Sapukan pada pipi dengan pelahan-lahan. Gunakan jari telunjuk, sapu dari bahagian dagu ke arah atas sampai keseluruhan pipi. Urut pelahan-lahan dari bahagian bawah ke atas. Jangan sesekali urut dari atas ke bawah. Lakukan urutan secara lembut selama 2-3 minit seminggu sekali. Pipi anda bukan sahaja kelihatan tembam malah kulit pipi juga terasa sangat lembut. 

Betik dan Madu
Ambil betik yang telah masak dan lecekkan sehingga lumat, boleh juga dikisar jika mahu. Gaulkan bersama 1 camca besar madu. Oleskan pada pipi secara keseluruhannya. Biarkan selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Selain untuk pipi yang tembam, masker betik juga bagus untuk menghilangkan kedutan di wajah, menjadikan wajah semakin tegang.

Minyak Bijan
Cara lain yang dapat membantu mengatasai pipi cengkung ialah dengan berkumur dengan minyak bijan setiap hari. Berkumur dengan minyak bijan dapat membantu menaikkan otot pipi yang cengkung kelihatan berisi. Jika tidak ada minyak bijan, anda boleh gantikan dengan madu. Lakukan setiap pagi secara teratur.


Selamat mencuba !!