Petua Untuk Makan Tetapi Kekal Langsing



Petua Untuk Makan Tetapi Kekal Langsing


Makan dengan Kerap
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu ingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.

Rendah Kalori, Rendah Lemak
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.

Utamakan Protein
Jika anda memakan makanan berprotein tinggi, lebih merasa puas dengan dengan makanan yang dimakan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.

Waktu Terbaik Untuk Minum Air
Minum juga punyai waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :-

Pagi selepas bangun dari tidur - Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air suam di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.

30 minit sebelum waktu makan - Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Air suam lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

Sepanjang hari - Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Minum 1.5 liter air sejuk atau air suam boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Petua Legakan Batuk



Musim panas sejuk yang tak menentu pada hari ini boleh menjejaskan kesihatan anda. Selain bergantung kepada ubat-ubatan, anda boleh mengunakan cara tradisional bagi melegakan masalah batuk. Berikut adalah beberapa pilihan petua untuk melegakan batuk.

Pilihan 1: Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

Pilihan 2: Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

Pilihan 3: Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.

Pilihan 4: Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.

Pilihan 5: Ambil 2 sudu nasi panas yang baharu masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

Pilihan 6: Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.

Pilihan 7: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu lebah. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.



Petua Kecilkan Pori-Pori





Cara Mengecilkan Pori-Pori Wajah

Wajah putih bersih pasti menjadi idaman setiap wanita. Namun tahukah anda, kulit yang putih sahaja tidak mencukupi. Penampilan anda pasti akan terjejas sekiranya liang roma kulit anda terbuka luas kerana ini akan memerangkap kotoran / kulit mati sehingga terbentuknya bintik putih mahupun bintik hitam. Berikut adalah petua yang dapat membantu anda mengecilkan pori-pori kulit wajah.


Lemon

Lemon mengandung vitamin C yang tinggi yang mampu menyegarkan wajah. Wajah yang segar mampu membuat pori-pori mengecil dengan sendirinya. Anda hanya perlu mengambil sedikit air perahan lemon. Sapukan perahan lemon ini setiap malam sebelum tidur. Atau anda juga boleh meletakkan hirisan lemon tadi pada wajah. Selain mengecilkan pori, lemon juga mampu menegangkan kulit anda.


Tomato

Tomato juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk menyegarkan kulit anda. Tidak hanya menyegarkan kulit, tomato mampu membantu mengecilkan pori-pori wajah anda. Caranya mudah anda hanya perlu menumbuk tomato sampai halus. Setelah itu oleskan pada wajah seperti mengenakan masker dan biarkan sehingga kering. Setelah kering bilas dengan menggunakan air sejuk hingga bersih. 


Madu

Madu tidak hanya digunakan untuk menghaluskan kulit. Ia juga boleh digunakan untuk mengecilkan pori wajah. Sapukan madu pada wajah anda dan biarkan kering. Setelah kering bilas sehingga bersih. Anda juga boleh menambah perahan lemon. Perahan lemon membantu memaksimakan fungsi masker madu tadi untuk mengecilkan pori-pori. Selain itu lemon juga memberikan aroma segar yang membuat anda lebih rileks saat menggunakannya.


Mentimun

Timun sudah terkenal sebagai masker kecantikan. Khasiat timun ini sangat pelbagai seperti melembabkan kulit, menghaluskan wajah, dan mengecilkan jerawat. Dan timun juga boleh mengecilkan pori-pori wajah. Caranya dengan membuat masker timun. Pertama kisar timun menggunakan blender sehingga halus. Kemudian tambahkan sedikit tepung beras. Setelah rata, oleskan pada wajah. Biarkan kering kemudian bilas menggunakan air hingga bersih.


Ais

Ais batu biasanya hanya digunakan untuk mendinginkan minuman. Padahal ada manfaat lain dari ais batu iaitu untuk menyegarkan wajah dan mengecilkan pori-pori wajah. Ais batu juga mampu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah. Anda cuma perlu menggosokkan ais batu pada wajah anda secara perlahan-lahan. Gosokkan selama 15-30 minit. Pastikan anda membersihkan wajah anda terlebih dahulu agar kotoran pada wajah tidak menyumbatkan pori-pori wajah anda.