Tips Hentikan Anak Hisap Puting




1. Cari minat anak anda dan biarkan mereka leka bermain dengan hobi yang baru. 

2. Berikan contoh adik beradik yang lebih tua yang tidak menghisap puting. Atau sekiranya anak dijaga oleh pengasuh, tunjukkan padanya kanak-kanak lain yang tidak lagi menggunakan puting.

3. Berikan dia banyak aktiviti lain supaya dia tidak lagi memikirkan tentang puting. Contohnya, berikan dia banyak barang permainan baharu.

4. Berikan peraturan kepada anak, dengan menetapkan puting cuma boleh digunakan ketika hendak tidur sahaja.

5. Berikan ganjaran sekiranya anak berjaya berhenti menghisap putting.