Petua Menghilangkan Kembung Perut




Petua Untuk Mencegah Kembung Perut

Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan angin (atau mengambilnya sedikit sahaja). Makanan yang boleh menyebabkan kembung perut sekiranya diambil secara berlebihan adalah seperti berikut:

Epal 
Aprikot 
Kekacang
Peach
Brokoli
Bertih jagung
Bunga kobis
Lobak merah
Kobis 
Kacang (kering, dimasak) 
Bawang
Hasil tenusu (mereka yang alah terhadap laktosa) 
kacang soya


1. Jauhi atau makan sedikit sahaja makanan yang boleh memberi kesan kepada anda. Kesemua makanan ini membekalkan zat makanan, oleh itu anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan langsung makanan ini.

2. Sediakan senarai semua makanan yang anda makan selama beberapa hari. Catatkan bila dan berapa kali anda buang angin atau sedawa. Jika anda mengeluarkan gas berlebihan selepas minum susu, cuba kurangkan atau jauhi dari mengambilnya.

3. Sekiranya masalah ini berlarutan, jauhi semua makanan yang mungkin menyebabkan kembung.

4. Sekiranya anda mendapat alahan terhadap laktosa, gunakan hasil tenusu yang rendah laktosa. Anda juga boleh menggantikan Lactaid iaitu sejenis enzim laktosa yang dapat dibeli di kedai. Ia perlu diambil bersama hasil tenusu untuk menghadamkan laktosa di dalamnya.

5. Elakkan kemasukan angin, sentiasa makan pada waktunya. 

6. Makan perlahan dan kunyah makanan tersebut keseluruhannya. Minum dengan menghirup beransur-ansur dan jangan meneguk sekaligus. Kurangkan meminum minuman bergas. Jangan mengambil gula-gula getah dan elak dari memakan makanan tanpa gula yang mengandungi sorbitol atau xylitol di mana kedua-duanya sukar dihadamkan dan boleh meransang pembiakan bakteria yang membantu pengeluaran angin.