Tips Buat Suami Dan Bakal Suami



Buat para suami dan bakal suami di luar sana, di sini ada sedikit tips untuk menjadi suami idaman si isteri. Bilamana anda bijak mengurus emosi si isteri, pasti isteri semakin sayang, rumahtangga anda lebih ceria dan bahagia. 

1. Ringan Tulang - Bantu isteri melakukan kerja rumah. Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri di dapur ataupun jagakan anak. Ianya dapat mengurangkan stress si isteri.

2. Ambil Hati Isteri - Beri kata pujian terutama apabila masakannya sedap. Elakkan mengkritik secara lantang kerana ianya akan mengguris hati si isteri dan mematahkan semangatnya. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji. 

3. Uruskan Anak-Anak - Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur. Isteri yang stress dengan kerja rumah akan lebih banyak membebel.

4. Tunjukkan Kasih Sayang - Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

5. Sediakan Pembantu Rumah (sekiranya berkemampuan) - Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

6. Doakan Kebaikan Untuk Isteri - Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.