Uji Kehamilan Guna Bahan Di Rumah



Macam mana nak uji kehamilan di rumah selain guna upt?
Pasti ramai pasangan diluar sana yang ternanti-nanti kehadiran cahaya mata, lebih-lebih lagi apabila usia perkahwinan mencecah setahun. Bagi pasangan yang terlalu inginkan cahaya mata pasti teruja setiap kali haid lewat dari tarikh sepatutnya. Namun setelah diuji dengan upt yang dibeli di farmasi ternyata negatif, pasti terasa sedikit membazir kerana upt bukanlah murah. Bagi mereka yang selalu hampa upt negatif boleh cuba petua ini dulu, uji kehamilan dengan cara mudah. Mungkin boleh membantu anda.


Cecair peluntur / Clorox
Takungkan urine anda didalam bekas, tuangkan cecair peluntur ke dalam bekas urine. Sekiranya berbuih, anda mungkin mengandung. 

Ubat Gigi
Picitkan sedikit ubat gigi ke dalam bekas urine dan kacau. Lihat tindakbalasnya. Sekiranya berdesir dan bebuih, peluang anda mengandung mungkin cerah.

Cuka
Campurkan cecair urine bersama cuka dan lihat tindakbalasnya. Sekiranya ada perubahan warna, anda positif mengandung. 

Namun harus diingat, kaedah ini hanyalah bantuan sampingan untuk anda dan bukanlah 100% tepat. Untuk info lebih lanjut, anda boleh lihat cara uji kehamilan dalam video dibawah. Hasil eksperiman mungkin berbeza setiap individu. 




Tahukah Anda?

Ujian kehamilan di rumah mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku.