Petua Kecutkan Jerawat



Cara-Cara Kecutkan Jerawat Pasir Dan Jerawat Bernanah.


Buah delima kaya dengan asid folat dan merupakan antioksidan yang tinggi membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam badan kita. Khasiat buah delima memberi kesan semulajadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit secara semulajadi.


Kulit buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Caranya mudah sahaja, selepas makan buah delima jangan dibuang kulitnya. Jemur kulit tersebut sehingga kecut dan kisar sehingga menjadi serbuk. boleh disimpan di dalam bekas untuk kegunaan di masa akan datang. 

Untuk kecutkan jerawat, hanya perlu campurkan serbuk kulit buah delima tadi bersama perahan limau nipis. Sapu dibahagian berjerawat, biarkan kering dan kemudian bilas sehingga bersih. 
Untuk mendapatkan kulit yang halus, jadikan serbuk kulit buah delima tadi sebagai skrub ketika mandi.