Petua Hilangkan Bibir Hitam dan Kusam



               
Salah satu daya penarik bagi setiap wanita adalah bibir. Lelaki tentu sahaja menyukai bibir yang merah dan sihat berbanding bibir yang hitam, kasar, menggelupas dan kusam. Jangan rasa rendah diri wahai wanita yang memiliki bibir yang gelap dan kusam. Di sini anda mampu mengubahnya.

Bibir yang hitam dan kusam adalah disebabkan oleh kehilangan kelembapan semulajadi bibir, kebiasaannya berpunca dari pemakaian gincu bibir yang tidak sesuai, merokok, kurang minum air dan terdedah di bawah matahari terlalu lama. 

Untuk mendapatkan bibir yang merah semulajadi dan kekal, anda boleh cuba petua berikut:

Madu
Madu merupakan ubat semulajadi untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan dan kecantikan. Anda boleh cuba oleskan madu pada bibir sebelum tidur. Olesan madu berupaya memelihara dan mengembalikan kelembapan bibir sekaligus merangsang sel-sel bibir kelihatan merah.

Limau Nipis
Sel-sel mati pada bibir menyebabkan bibir kelihatan gelap dan kusam. Perahan air limau nipis mampu menghilangkan sel-sel mati tersebut. Oleskan pada bibir, anda juga boleh campurkan dengan sedikit madu. Jika dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi merah.

Kunyit
Campurkan secubit serbuk kunyit dengan 1 sudu teh susu pekat. Oleskan pada bibir dan biarkan selama beberapa minit. Urut bibir dengan pelahan-lahan, kemudian bilas. Bibir akan terasa lebih lembut dan kenyal.

Mentega
Mentega bertindak sebagai pelembap bibir. Oleskan pada bibir sebelum tidur. Kekurangan lembapan mengakibatkan kekeringan dan kehitaman pada bibir. Dengan mengembalikan kelembapan bibir, ia dapat mengembalikan warna semulajadi bibir.


Selamat mencuba :)