Petua Bulu Mata Lentik Menawan



Setiap wanita mengimpikan bulu mata yang lentik dan menawan. Bulu mata yang lentik dan panjang akan membuat mata kelihatan galak, anda boleh amalkan beberapa petua kecantikan mata disini. Dengan memiliki mata yang cantik dan bulu mata yang lentik sekaligus mengubah bentuk mata yang sepet kelihatan menarik. Terdapat pelbagai jenis mascara di pasaran untuk membantu wanita mendapatkan bulu mata yang diidamkan. Namun, penggunaannya hanya memberi kesan yang sementara.

Tahukah anda boleh melentikkan bulu mata secara semulajadi?

Bulu mata lentik semulajadi
Daun sirih dan lendir lidah buaya mampu melentikkan bulu mata. Mulakan dengan membersih bulu mata agar tiada sisa kotoran. Asingkan lendir lidah buaya ke dalam mangkuk. Kemudian layur daun sirih dan celupkan daun sirih ke dalam lendir lidah buaya. Oleskan pada bulu mata dengan gerakan ke atas. Jika bulu mata bawah, oleskan ke bawah. 

Biarkan selama 2 jam, kemudian cuci bulu mata dengan air daun sirih yang suam. Bersihkan dengan cara gerakan seperti anda menyapu mascara. Lakukan secara rutin dan teratur, anda pasti melihat kesan perubahannya. Selamat mencuba :)