Petua Mencantikkan Mata



Mata merupakan salah satu aset penting terutamanya bagi golongan wanita. Mata yang menawan mampu buat lelaki tidak keruan. Namun ramai yang terlupa tentang penjagaan mata yang betul. Khususnya wanita yang telah berkahwin. Alasan yang diberikan tidak punya masa, kesannya mata kelihatan lesu dan tak bermaya. Jom luangkan sedikit masa, walaupun sekejap sekiranya dilakukan berulang kali kesannya pasti menyenangkan hati anda.

Sudu Besi 
Ambil sudu yang bersih, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama beberapa minit (boleh juga direndam dalam ketulan ais). Tekapkan sudu di atas kelopak mata beberapa minit. Tekan dengan lembut disekililing mata untuk menenangkan urat mata. Lakukan berulang kali

Uncang Teh 
Uncang teh yang telah digunakan jangan dibuang. Anda boleh gunakan untuk merawat mata yang lesu. Caranya simpan didalam peti sejuk beberapa minit dan tekap di mata anda. Lakukan beberapa minit. Untuk kesan yang lebih baik lakukan semalam.

Timun 
Hirisan timun juga mampu mengembalikan kesegaran mata. Lakukan seperti uncang teh dan biarkan semalaman untuk kesan yang terbaik.

Selamat Mencuba!