Kurang selera atau kurang nafsu makan tidak boleh di pandang ringan kerana tubuh badan memerlukan zat yang mencukupi untuk menjalani aktiviti harian. Sekiranya ia berlanjutan akan mengakibatkan penurunan berat badan yang ketara, menjadikan muka lesu dan cengkung sekaligus menjejaskan penampilan diri.
Jangan biarkan muka cengkung menjejaskan penampilan anda dengan mengamalkan petua menggemukkan pipi cengkung disini.
Jangan biarkan muka cengkung menjejaskan penampilan anda dengan mengamalkan petua menggemukkan pipi cengkung disini.
Pasti ramai yang mengimpikan berat badan yang ideal dan bentuk badan yang langsing, bukan kurus. Jika selera atau nafsu makan anda pada saat ini semakin menurun, jangan biarkan ia berlanjutan. Cuba amalkan beberapa petua berikut:
Betik
Ramai yang tidak tahu buah dan daun betik mampu meningkatkan selera makan. Amalkan memakan betik yang masak setiap hari. Selain meningkatkan selera, betik juga pelawas yang sangat baik. Jika dibandingkan dengan buahnya, daun betik sebenarnya jauh lebih baik untuk menambah nafsu makan. Tumbuk daun betik sehingga sederhana lumat dan rendam didalam air suam. Kemudian perah daun betik tadi dan tapis. Amalkan minum air perahan daun betik tadi. Selain dapat merangsang nafsu makan, air perahan daun betik juga dapat membasmi cacing dalam usus.
Pisang
Pisang bukan sahaja baik untuk tubuh badan, ia juga mampu meransang nafsu makan. Lecekkan pisang sehingga lumat dan gaul bersama 2 sudu besar madu. Gaul rata dan amalkan memakan pisang bersama madu. Lakukan setiap hari dan anda akan lihat hasilnya.
Vitamin C
Amalkan memakan buah-buahan yang kaya vitamin c seperti limau dan mangga. Buah dengan rasa masam dan manis terbukti mampu mengembalikan selera makan selain meningkatkan daya tahan tubuh. Amalkan secara teratur dan rutin.
Olahraga
Bersukan juga mampu menambah selera makan anda. Tetapi harus diingat, amalkan sukan yang bersesuaian dengan tubuh badan anda, atau juga memadai dengan berjogging sahaja. Bersukan mampu meningkatkan pembakaran kalori, pada saat kalori dalam badan terbakar, selera makan secara semulajadinya juga akan meningkat.