Petua Mengatasi Masalah Mulut Busuk dan Nafas Berbau



Mulut berbau? Pasti anda dipandang serong walaupun anda seorang yang menarik dan bergaya. Ianya cukup memalukan baik bagi lelaki mahupun wanita kerana orang di sekeliling pasti menganggap anda seorang yang pengotor dan tidak peka dengan kebersihan diri. Jangan sampai ia mencacatkan personaliti anda. Tampil yakin dengan mulut segar dan bebas bau. Jom cuba petua ini :


1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih. Rebus cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan itu tinggalkan lebih kurang pada paras 3 gelas. Kemudian, anda minum air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas, sekurang-kurangnya sekali sehari. Namun begitu, anda boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik. Sekiranya anda dalam keaadan ingin cepat, kemam sahaja bunga cengkih tersebut sehingga bau hilang. Namun ia hanya berkesan untuk sementara.

2. Ambil benang flos atau apa-apa objek yang keras. Kikis lidah anda sebanyak yang boleh sehingga hilang daki putih pada lidah. Kemudian kumur dengan air garam untuk menghapuskan bakteria. Punca utama masalah mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak pada lidah dan mulut. Pastikan anda sentiasa membersihkan lidah anda ketika memberus gigi. Gunakan berus gigi yang mempunyai pemberus lidah.