
Lambakan produk pemutihan kulit pada hari ini semakin menjadi-jadi berikutan masyarakat yang obses terhadap kulit putih glowing ala korea, wanita terutamanya. Namun harus bijak memilih agar tidak mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri. Bagi mereka yang teringin mendapatkan kulit putih berseri tanpa berbelanja besar, bolehlah mencuba petua menggunakan bahan semulajadi ini. Bukan sahaja jimat, malah selamat bebas bahan yang memudaratkan.
Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air suam. Pukul sehingga sebati sahaja. Kemudian adunan itu diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata.
Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian anda perlu baring dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.
Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilas wajah seperti biasa dengan air suam. Air suam sangat baik untuk kesihatan kulit wajah kerana dapat menyingkirkan segala kotoran yang tersumbat di dalam liang pori anda. Amalkan selalu. Untuk hasil yang lebih baik, seminggu sekali anda dinasihatkan mengewap muka dengan air wap nasi. Ia boleh membantu melembutkan kulit wajah.