Petua Meredakan Kencing Manis




Kita perlu mengambil gula dalam diet seharian. Tapi awas, sekiranya berlebihan kita mudah diserang penyakit kencing manis. Namun, masih boleh menawarkan kandungan gula dalam darah dengan mencuba petua tradisional ini:

1) Ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. Minum air tersebut 3 kali sehari.

2) Ambil kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak. Goreng sehingga garing, kemudian tumbuk sehingga halus. Seterusnya, ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancuh dengan air serbuk kopi yang hendak diminum. Minum air tersebut 2 kali sehari.