Petua Meningkatkan Daya Ingatan



Musim peperiksaan telah tiba. Buat adik-adik yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia hari ini, buat yang terbaik. Di sini boleh cuba petua untuk meningkatkan daya ingatan.


Kacang Soya 
- Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori

Zat Besi 
- Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak

Kopi 
- Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi.

Latihan Mental 
- Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yang memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

Latihan Fizikal 
- Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak 3 kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung untuk mengepam darah lebih efektif.