Petua Kecilkan Pori-Pori





Cara Mengecilkan Pori-Pori Wajah

Wajah putih bersih pasti menjadi idaman setiap wanita. Namun tahukah anda, kulit yang putih sahaja tidak mencukupi. Penampilan anda pasti akan terjejas sekiranya liang roma kulit anda terbuka luas kerana ini akan memerangkap kotoran / kulit mati sehingga terbentuknya bintik putih mahupun bintik hitam. Berikut adalah petua yang dapat membantu anda mengecilkan pori-pori kulit wajah.


Lemon

Lemon mengandung vitamin C yang tinggi yang mampu menyegarkan wajah. Wajah yang segar mampu membuat pori-pori mengecil dengan sendirinya. Anda hanya perlu mengambil sedikit air perahan lemon. Sapukan perahan lemon ini setiap malam sebelum tidur. Atau anda juga boleh meletakkan hirisan lemon tadi pada wajah. Selain mengecilkan pori, lemon juga mampu menegangkan kulit anda.


Tomato

Tomato juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk menyegarkan kulit anda. Tidak hanya menyegarkan kulit, tomato mampu membantu mengecilkan pori-pori wajah anda. Caranya mudah anda hanya perlu menumbuk tomato sampai halus. Setelah itu oleskan pada wajah seperti mengenakan masker dan biarkan sehingga kering. Setelah kering bilas dengan menggunakan air sejuk hingga bersih. 


Madu

Madu tidak hanya digunakan untuk menghaluskan kulit. Ia juga boleh digunakan untuk mengecilkan pori wajah. Sapukan madu pada wajah anda dan biarkan kering. Setelah kering bilas sehingga bersih. Anda juga boleh menambah perahan lemon. Perahan lemon membantu memaksimakan fungsi masker madu tadi untuk mengecilkan pori-pori. Selain itu lemon juga memberikan aroma segar yang membuat anda lebih rileks saat menggunakannya.


Mentimun

Timun sudah terkenal sebagai masker kecantikan. Khasiat timun ini sangat pelbagai seperti melembabkan kulit, menghaluskan wajah, dan mengecilkan jerawat. Dan timun juga boleh mengecilkan pori-pori wajah. Caranya dengan membuat masker timun. Pertama kisar timun menggunakan blender sehingga halus. Kemudian tambahkan sedikit tepung beras. Setelah rata, oleskan pada wajah. Biarkan kering kemudian bilas menggunakan air hingga bersih.


Ais

Ais batu biasanya hanya digunakan untuk mendinginkan minuman. Padahal ada manfaat lain dari ais batu iaitu untuk menyegarkan wajah dan mengecilkan pori-pori wajah. Ais batu juga mampu mengurangkan penghasilan minyak pada wajah. Anda cuma perlu menggosokkan ais batu pada wajah anda secara perlahan-lahan. Gosokkan selama 15-30 minit. Pastikan anda membersihkan wajah anda terlebih dahulu agar kotoran pada wajah tidak menyumbatkan pori-pori wajah anda.